Monday, September 6, 2010

Selamat Balik Kampung Beraya!




Semalam saya buat satu sessi menghayati pengalaman beraya di kampung di mana semasa kita semua kecil kita menolong ibu & nenek utk menghias rumah di kampung.

Pelbagai gaya & cara mereka menghias rumah masing2 dari penyediaan juadah raya sehinggalah hiasan halaman rumah & ruang tamu.

Saturday, August 14, 2010

Hari ke 5 Puasa

Alhamdulillah hari ni telah masuk hari ke 5 kita semua berpuasa. Bangun sahur tadi Danial nak nangis aja...mungkin Kakak silap cara nak kejut dia dari tidur. Mana taknya tengah lena tidur tiba2 dikacau orang pula.

First week puasa ni biasanya rasa keletihan sikit, tapi bila dah masuk 2nd week nanti mungkin sistem badan kita dah faham rentak kita berpuasa jadi kuranglah letihnya.

Kepada Yo di New Zealand, pastikan sembahyang sunat tarawikh jangan miss. Banyak pahala & hikmahnya...study betul2 jangan pula nak pilih awan biru pulak!!!

Sunday, August 8, 2010

Tahniah Kakak!

Tahniah kakak kerana telah berjaya mendapat segulung ijazah Kejuruteraan Elektrik dpd UNITEN pada hari ini.

Pada 23 tahun lepas kakak sebagai seorang bayi...ditatang oleh semua ahli keluarga kerana cucu pertama baby girl.

Hari ini kakak telah berjaya keluar sebagai seorang jurutera elektrik (w/pun papa tak menggalakkan pada mulanya!). So welcome to the world of reality now...

Dunia tidak seindah yg kita sangka. Semasa di kampus, kita diajar banyak mengenai teori...haa sekarang dunia kita akan bertambah luas...disamping teori kita kena faham mengenai "human behaviour".

Sekali lagi pa & ma & adik2 ucapkan tahniah & syabas kpd kakak!!!

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa...

Cuba tenangkan fikiran & renung sejenak pengorbanan bapa kita samada yg masih hidup atau yg telah meninggalkan kita...

Cuba ingatkan kembali tahun2 bilakah anda amat menghargai peranan & pengorbanan bapa...

Adakah bapa kita abaikan pendidikan kita...

Tanpa pengorbanan bapa, apakah agaknya corak hidup kita hari ini...

Selalulah doakan kesejahteraan kpd kedua ibubapa kita...

Saturday, May 15, 2010

Syukur Kepada Allah!

Alhamdulillah...kita semua diberi sejuta nikmat (>sejuta sebenarnya!) utk hidup di dunia ini. Namun berapa banyak pula kita bersyukur kpd Allah? Hidup ini diisi dgn pelbagai cubaan (spt kata P.Ramlee) dan halangan serta godaan. Hanya yg bertaqwa & beriman yg dapat menangkis gangguan ini...

Saya ingin mengajak & menyeru kpd kawan2 & rakan2 yg budiman sekelian supaya pasang niat utk berkunjung ke Baitullah di Mekah kerana di sana anda akan terasa nikmatnya beribadah kpd Allah tanpa ada apa2 gangguan duniawi...yg mustahaknya anda akan mendapat pengalaman yg baru. Remember...we learn new things everyday.

Selamat Hari Guru, Cikgu!

16 Mei 2010 - Selamat Hari Guru, Cikgu....

Kepada cikgu Razali Mohamed (cikgu darjah 1 saya!), cikgu Nik Narimah Nik Ismail(cikgu tingkatan 1 saya!)dan semua cikgu2 termasuk cikgu Azizah(cikgu BM form 1), cikgu Rohani(English teacher form 1)dan semua cikgu2 di Sek Ren Tg Indera Putera, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu; SMSI & SIC di Jalan Telipot & semua guru2 yg pernah mengajar saya sehingga saya berada di tempat ini sekarang....tahniah cikgu!

Saturday, May 1, 2010

Lawatan Sekitar Paris Part 2





Sempat bergambar dengan duta besar Malaysia ke Germany Dato Zakaria Sulong. Juga bersama2 dgn TYT Tun Khalil & YAB Datuk Seri Ali Rustam semasa dalam perjalanan ke Luzern, Switzerland.

Wednesday, April 7, 2010

Lawatan Sekitar Paris Part 3




Sungguh cantik pemandangan di sekitar sungai di Paris...

Saturday, April 3, 2010

Lawatan Sekitar Paris Part 1




Banyak pengalaman ditimba sepanjang lawatan ke Paris spt perbincangan dgn anggota majlis UNESCO sbg meneruskan pengiktirafan Melaka sbg bandaraya warisan dunia dan juga pengurusan sistem tram elektrik serta pengurusan sungai.
Dengan suhu harian serendah 5C, semua ahli rombongan terpaksa "berselimut" dan ada juga yg demam & selsema. Alhamdulillah dgn berbekalkan habbatus sauda, saya dpt bertahan dpd terkena demam, batuk & selesema

Thursday, April 1, 2010

Pengalaman di Paris 14-15/3/10



Saya tiba di Paris pd 14/3/10 jam 6.05 pagi waktu Paris. Dah terasa sejuknya cuaca di sini. Kami disambut oleh wakil kedutaan. Seterusnya kami dibawa ke hotel InterContinental Paris-Le Grand...nak sebut pun susah.

Tengahari kami ke La Vallee Village iaitu factory outlet memandangkan kami tiada program rasmi lagi sbb hari minggu & lunch di sini. Tempat makan Noura Val d'Europe iaitu restoran Arab.

Malam kami river cruise dinner di sungai Seine iaitu Capitaine Fracasse.

Esoknya 15/3/10 mesyuarat dgn Statistics Directorate, OECD iaitu badan yg akan menentukan samada Melaka boleh diiktiraf sbg negeri maju berasaskan data statistik yg kami bawa.

Wednesday, March 31, 2010

Selamat Bertemu Kembali


Selamat bertemu kembali...sebenarnya saya berada di Eropah selama 2 minggu mengikuti rombongan kerajaan negeri Melaka utk menarik pelabur. Gambar di atas di ambil di airport Nice, Paris utk ke Munich, Germany. Boleh tahan juga sejuknya 4-11 deg C.

Friday, March 5, 2010

Timur dan Barat

Kita telah ditakdirkan lahir di Malaysia & negara kita berada di sebelah timur mengikut globe. Cuaca sepanjang tahun agak panas & hujan agak lebat. Jadi kita berada di negara panas lembab.

Di sebelah barat pula mengalami cuaca 4 musim. Musim sejuk,luruh, bunga & panas. Pigmen kulit kita juga berbeza...ada putih kuning, putih pucat, sawo matang dsbgnya.

Namun kenapa Barat kelihatan lebih bersih & tertib bila berdepan dgn masyarakat? Cuba kita rayau2 di sekitar bandar...sure akan jumpa sampah sarap. Di Barat kebanyakan tempat bersih. Tapi mcm mana pula dgn Jepun & Singapura? Mereka berada di Timur namun negara mereka juga bersih!

Seronoknya Nama Disebut

Apabila kita berurusan di bank atau pejabat awam, kita amat teruja sekira dipanggil nama kita. Biasanya pemberi khidmat hanya memanggil Encik/Cik/Tuan/Puan sahaja. Kita rasa spt org biasa aja bila dipanggil sebegitu.

Bila nama kita disebut, secara "unconscious" kita terasa penting & dihargai. Dale Carnegie dlm bukunya menyebut,"People are craving for recognition." Justeru sama2lah kita melayan pelanggan kita dgn pendekatan sebegini.

Pelanggan hari ini amat memahami apa hak2 mereka. Mereka juga faham bahawa merekalah yg membayar gaji kita. Mereka sebenarnya adalah majikan kita. Jadi tiada sebab kenapa kita nak bertindak secara kasar & tidak berhemah apabila memberi layanan kpd pelanggan.

Sunday, February 28, 2010

Laughter The Best Medicine

Pernah tak kita dengar ungkapan spt tajuk di atas? Dikatakan bhw seseorang yg selalu ketawa umurnya lebih panjang dpd seseorang yg selalu muram & pendam perasaan seorang diri.

Ada seorang pesakit kanser dinasihatkan oleh doktornya supaya mengubah cara hidup dgn menghiburkan diri sendiri dan cuba ketawa. Sel2 kansernya tak sempat nak bercambah kerana sistem imunitinya semakin kuat.

Sebab itulah bila kita kunjungi rakan kita yg sakit, cuba hiburkan hatinya spt buka cerita2 lama yg akan menyebabkan dia ambil bhg utk bercerita pula.

Pengalaman saya pula, apabila saya melihat bapa saya nak demam, saya mula buka cerita semasa dia bekerja dulu...40 tahun dulu. Dia begitu bersemangat menyambung cerita & terus bangun dari katilnya dgn semangat yg lebih kuat...haa..tulah petuanya sambil kita berdoa byk2 kpd Allah SWT supaya ibubapa kita & juga kita sekeluarga dipanjangkan usia & sehat wal'afiat utk beribadah kpdnya.

Saturday, February 27, 2010

Miskin tapi kreatif

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang kanak2 yg amat miskin dan tinggal bersama keluarganya di sebuah kg. Kanak2 ini selalu melihat kanak2 lain pergi ke sekolah. Namun keluarganya tidak mampu utk mendaftarnya di sekolah tsbt.

Suatu hari dia dalam diam2 keluar rumah utk pergi ke sekolah dan mengintai kanak2 lain belajar melalui sisipan tingkap di luar kelas. Kebetulan pula gurubesar sekolah sdg buat class round & ternampak kanak2 ini. Gurubesar membawanya ke biliknya dan bertanya latarbelakang kanak2 ini.

Selepas beberapa minit, gurubesar tadi tahu bahawa kanak2 ini seorang yg pintar. Melalui PIBG, kanak2 ini didaftar pd hari itu juga & mulalah dia belajar di sekolah tsbt di dlm darjah 1.

Semasa waktu pelajaran lukisan, kanak2 td melihat kawan2 yg lain menggunakan berus & warna yg mahal2 & cantik pakejnya. Dia tak ada apa2 utk digunakan. Cikgu kelas kesian kat dia & beri pinjam 1 set berus & warna. Namun atas kesedaran yg dia seorang yg miskin, dia cuma minta sebatang berus & warna hitam sahaja. Cikgu agak pelik namun cikgu beri juga.

Selepas semua kanak2 siap melukis, cikgu memanggil setiap kanak2 berdiri di depan kelas & ceritakan tentang lukisan masing2. Begitu cantik & warna warni sekali lukisan kanak2 lain diikuti dgn penerangan mengenai lukisan masing2.

Tiba giliran kanak2 miskin tadi, dia pun menunjukkan lukisannya di depan kelas sambil tunduk kerana terasa malu dgn kawan2 yg lain. Sebenarnya lukisannya hanyalah warna hitam di seluruh kertas. Cikgu tergamam & tanya dia apa yg dia nak cerita pasal lukisannya.

Dia pun mengangkat kepalanya & bercerita mengenai lukisannya,"Di suatu malam yg gelap gelita, sebuah keluarga yg miskin sedang menikmati makan malam nasi & kicap tanpa lauk lain. Namun semua ahli keluarga bersyukur kerana dapat rezeki pd hari tsbt. Adakalanya mereka terpaksa berlapar beberapa hari kerana bapa sakit & tak dapat keluar mencari rezeki. Rumah mereka hampir roboh, bocor di sana sini. Malam hanya di terangi oleh pelita ayam, kadang2 bergelap terus sebab tiada duit nak beli minyak tanah. Orang ramai tidak ambil peduli keluarga mereka & selalu memandang hina."

"Namun hari ini saya amat bersyukur kerana tercapai cita2 saya utk belajar di sekolah walaupun sehari. Saya berterima kasih kpd cikgu & gurubesar kerana mengambil berat terhadap saya & besok saya tak akan datang lagi ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik2 di rumah"

Dipendekkan cerita, lukisannya telah mendapat no. 1 & cikgu kelas beri hadiah RM10 kpdnya. Dia tak nak ambil kerana dia tak pernah kenali duit & bapanya pun tak pernah beri duit walaupun 10 sen.

...itulah namanya Miskin Tapi Kreatif...ceritanya blm berakhir di sini, bersambung akan datang!

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Saya ucapkan kpd semua pengunjung blog saya selamat menyambut maulidur rasul. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah contoh terbaik utk setiap umat manusia. Sama2lah kita tingkatkan keimanan & ketaqwaan kita ke hadhrat Allah SWT.

Semalam saya sempat jugalah berarak dr stadium Tun Fatimah ke masjid al-Azim. Boleh tahan juga 2.8km. Tapi nampak TYT Tun Khalil & CM Melaka steady jer...kpd semua ahli perarakan TNB Melaka(50 orang) saya ucapkan syabas kpd anda semua yg begitu komited dan bersemangat waja!

Wednesday, February 24, 2010

Seni & Bakat


Di Malaysia masyarakat blm lagi sampai ke peringkat menghargai seni spt mana di sebelah barat. Pelukis jalanan di Malaysia amat sukar utk mendapat imbuhan kerana kita lihat persembahan mereka setakat melihat semata2.

Sesetengah orang amat mudah utk mempelajari sesuatu sbg contoh mempelajari bermain alat muzik. Saya kebetulannya ada juga minat dlm bidang ini & bolehlah bermain organ utk halwa telinga sendiri & isteri. Tapi bagi sesetengah org pula amat sukar utk memahami note atau score lagu apa lagi utk bermain instrument.

Apa pun apa yg kita buat & orang lain buat perlu saling menghargai kerana seni & bakat tidak sama. Mana lagi ada orang di kurun ini yg dapat menandingi bakat P. Ramlee!

Tuesday, February 23, 2010

200 Kemahiran

Percaya tak percaya, kita dikurniakan oleh Allah SWT lebihkurang 200 kemahiran tanpa disedari. Tak percaya ya? Ok, senaraikan apa yg anda tahu utk melakukan sesuatu. Contohnya kemahiran membaca, menulis, mengira, memasak (masak air pun kemahiran juga tu!), memandu, mengguna komputer, mengajar, memanjat, membasuh dsbnya...

Tapi saya salute golongan wanita (hasil observation ke atas isteri saya) yg mana wanita boleh lakukan kerja "multi-tasking" pd satu masa. Semasa dia memasak, dia membasuh & kemas rumah, iron baju, susun pakaian, sedia senarai utk ke pasar dsbnya.

Hari ini Cuepacs bimbang sbb golongan wanita ini begitu menyerlah di posisi kepimpinan. Pagi tadi saya hadiri Seminar & Dialog MIDA & true enough menteri MITI Dato Sri Mustapa diapit oleh 2 orang wanita iaitu KP MIDA Datuk Jalilah Baba & KP SMECorp Dato Hafsah.

Mana dia pergi lelaki semua niii...???

Friday, February 19, 2010

Emotional Bank Account (EBA)

Semua orang ada akaun bank, betul tak? apa yg kita mahu tengok dlm akaun bank kita? tentulah sebelah duit masuk lebih banyak amaun dpd sebelah duit keluar kan!

Uniknya apabila berurusan dgn manusia ialah kerana ada faktor perasaan. Sebab itulah kita selalu dengar pelbagai cerita dlm berita TV atau akhbar yg melibatkan pelbagai masalah manusia.

Berbalik kpd akaun bank. EBA ini memerlukan kita deposit sebanyak mungkin ke dalam akaun positif. Simple experiment boleh kita lakukan di sini. Setiap hari sebelum tidur malam, cuba catitkan ke atas sehelai kertas apakah sikap2 yg positif yg telah kita lakukan sepanjang hari di sebelah kiri & tulis pula di sebelah kanan berapa banyak sikap negatif yg telah kita terlakukan sepanjang hari tsbt. Berapa ramai pula insan yg telah kita membuatnya rasa terkilan dgn kita!!!

Putrajaya WoW!


Pagi ni kakak bawa adik2 pi nengok karnival Putrajaya WOW. Elok juga hari minggu ni kenalah layan2 adik tu...minggu lepas dah pi berkayuh bot.

Sebenarnya kita semua perlukan WOW factor ni dlm kehidupan. Wow kpd isteri kita yg masak sedap, Wow kpd anak kita yg mendapat markah yg baik dlm ujian, Wow kpd sahabat kita yg menyumbangkan tenaga membantu kita & byk lagi Wow yg perlu kita nyatakan.

Jadi apakah Wow factor utk anda pada hari ini?

12 Jam Yang Seimbang


Saya teringat semasa belajar di New York dulu, semasa musim sejuk ia bermula bulan November dan berakhir Mac. Salji memang banyak turun terutama di Syracuse. Tahun pertama & kedua seronok juga main salji, masuk tahun ke 3 & ke 4...bila laa salji ni nk habis...terlampau sejuk sehingga ke tulang.

Waktu winter siangnya pendek & malamnya panjang. Pukul 8 pagi masih gelap & pkl 4 ptg dah mula gelap balik. Waktu summer pula siangnya panjang & malamnya pendek. Pukul 5 pagi dah terang & pkl 8 mlm baru nak gelap.

Kesimpulannya...I love Malaysia very much. Waktu siang & malamnya seimbang 12 jam. Kita boleh rancang aktiviti kita dgn lebih mudah tanpa perlu menggigil(takda snow!). Sekarang universiti dah banyak di Malaysia. Saya sarankan kalau anak perempuan better belajar dlm negeri senang diawasi oleh ibubapa. Anak lelaki boleh dilepaskan jauh sedikit kerana dia perlu belajar berdikari lebih awal namun pemantauan perlu ada juga.

Thursday, February 18, 2010

Kesyahduan Makkah


Saya ingin menjemput anda semua ke satu lagi blog iaitu manzlie-makkah.blogspot di mana anda akan dihidang dgn pelbagai cerita & gambar2 menarik dari Makkah setiap hari. Sila visit blog tsbt.

Sunday, February 14, 2010

Santai Cuti Raya Cina



Lama dah tak kayuh perahu...kebetulan Danial selalu ajak pergi ke tasik Putrajaya utk bersampan. Lalu terus kami berempat ke tasik, yg lain masih diulit mimpi cuti panjang!

Sebenarnya elok juga kita bersampan ni...di samping menikmati panorama pagi yg menyegarkan, dapat pula beriadhah dgn keluarga. Setitik peluh amat berharga utk kesihatan kita!

Antara Bangsa & Bahasa


Dari Pattani ke Pengkalan Kubur terus ke Kota Bharu dan ke Besut kemudian ke Kuala Terengganu naik ke Kuantan kemudian ke Temerloh dan tiba di Genting Sempah utk sampai ke KL. Bahasa yg kita dapat dengar ialah loghat Kelate sehinggalah ke Besut kemudian loghat tsbt semakin cair & timbul pula loghat Terengganu...makang nasi dagang satu pinggang!

Kemudian masuk loghat Pahang (dengar Sharifah Shahirah cakap dlm Nasi Lemak Kopi O) sehinggalah sampai di KL kita dpt dengar pelbagai loghat lagi. Dari KL turun Negeri 9 dgn loghat Minangnya & ke Melaka...amboi besaunya A Famosa Resort! Seterusnya ke Johor & naik ke Perak singgah di KL jap. Oh koma...durian dah nak lughoh, itu semasa di Taiping.

Kita jalan lagi sehingga Butterworth & seberang ke Penang jap. Awat hang lambat sampai nih...janji nak pekena pasembog di Padang Kota! Habis Penang naik lagi ke Utara & singgah di Alog Stag & terus ke Kangag...ejaan pun dah terpengaruh dgn loghatnya!

Saturday, February 13, 2010

Perubahan Tetap Berlaku


Di dalam kehidupan seharian kita, tidak dpt dielakkan bahawa perubahan sentiasa berlaku di sekeliling kita. Contoh yg paling dekat ialah usia kita. Cuba perhatikan kulit lengan/tangan kita. Ia berubah hampir setiap hari. Juga perhatikan pokok2 bunga di sekitar rumah kita...apa yg anda lihat?

Namun begitu terdapat ramai yg tak mahu berubah. Kenapa? Sebab tak nak jejaskan keseronokan atau "complacency" & juga tak nak berfikir yg susah2 & tiada " sense of urgency".

Di sini kepimpinan amat penting kerana dialah yg akan menjadi "driver" ke atas corak masa depan yg dipimpin. Ia bermula dgn kepimpinan di peringkat keluarga & seterusnya di peringkat organisasi yg dia bekerja. Dia mesti menjadi seorang yg "stand out" dpd orang lain dgn mengeluarkan idea2 baru supaya yg dipimpin akan terasa suatu peringkat perubahan yg "progressive" & yg mudah difahami oleh semua peringkat.

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai


I wish to greet my Chinese friends Gong Xi Fa Cai...i still remember my old friends from the secondary school Sultan Ismail College Kota Bharu. They are Andrew Phang, Oh Boon Jin, Khik Chee Soon, Bernard Yau Boon Lin & many more.

Kalau kita tengok gambar kita di zaman muda2 dulu...nak ketawa pun ada yer!

Thursday, February 11, 2010

Positif dan Negatif

Sudah termaklum bahawa banyak kejadian/makhluk di mukabumi ini terbentuk secara berpasangan yakni lelaki/perempuan, hitam/putih, suami/isteri, besar/kecil, kanan/kiri, tinggi/rendah, sabar/marah dsbnya.

Hukum Tarikan atau Law of Attraction sebenarnya berlaku hampir setiap hari di dalam kehidupan kita. Kita boleh mencuba eksprimen yg paling mudah ke atas diri kita sendiri utk mengetahui sejauh mana kebenaran hukum ini. Contoh: apabila kita katakan sesuatu tugasan yg perlu kita siapkan sebagai SUSAH atau TIDAK BOLEH, maka kita akan tempuhi pelbagai rintangan atau blockers di dalam menyiapkan tugasan tsbt. Jadi kita hendaklah sentiasa mempunyai sikap YAKIN BOLEH!!!

Minda kita adalah controller kpd tindakan kita. Orang yg berjaya biasanya mempunyai minda yg sentiasa positif. Latihlah anak2 kita dgn ungkapan2 yg positif supaya dia dapat maju di dalam pelajaran dan sahsiah diri.

Wednesday, February 10, 2010

Alam Maya

Para saintis telah menemui lebihkurang 200 planet baru dlm sistem cakerawala sepanjang 10 tahun yg lepas. Semuanya membuat orbit mengelilingi matahari. Sebahagiannya tak lama dlm orbit & terlanggar matahari & hancur lebur.

Apa yg berlaku di atas langit sana kita tak akan ketahui kalau kita tak cuba ambil tahu. Banyak hikmah di sebalik apa yg berlaku...yg jelas ialah Allah SWT nak tunjukkan kekuasaanNya.

Namun manusia masih tetap leka. Yang suka mengadu domba, dengki, khianat, cah keting, jatuhkan orang lain & pelbagai lagi sikap yg tak terlarat oleh saya utk menulisnya. Kalau kita berbalik ke pangkal jalan...tujuan kita semua berada di mukabumi ini ialah utk memberi menafaat kpd manusia lain. Pencuri, penyamun, perompak, perosak, peragut sepatutnya tak mempunyai tempat di dunia ini!

Sunday, February 7, 2010

Bangsa Inovatif & Kreatif

Dikatakan bangsa Jepun & Korea mempunyai daya inovasi & kreativiti yg tinggi. Mereka banyak belajar dpd "kehancuran" akibat perang dunia kedua. Generasi lama mereka telah memperturunkan ilmu kpd generasi pasca perang dgn nasihat yg amat penting & berguna.

Bangsa Melayu macam mana pula? Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa Melayu mudah lupa...saya rasa ada juga kebenarannya. Di segi pembelajaran di peringkat tinggi, 73% adalah perempuan di UUM Sintok. Lelaki Melayu mana pergi? Semalam dlm perjalanan balik (11.30 mlm)saya dr PJ Hilton ke Putrajaya selepas menghadiri seminar workshop, saya agak terperanjat kerana dipotong oleh beberapa buah motosikal yg merempit...budak Melayu tu meniarap terus di atas motosikal mereka...apa nak jadi?

PM Najib membuka ilham tahun ini 2010 utk menjadikan tahun inovasi & kreativiti. Ayuh ibu2 dan bapa2 sekelian, lupakah anda anak2 anda adalah amanah yg Allah berikan sementara hidup di dunia ini. Jagalah mereka supaya mereka menjadi anak yg bermanfaat kpd manusia yg lain. Jgn jadi seperti di Gaza yg mana Israel menganggap nyawa Palestin tidak berharga sama sekali.

Kita buka episod baru utk tahun ini. Semua ibubapa MESTI pantau pergerakan anak2 mereka & ajak mereka solat berjemaah...bapa jadi imam & isteri dan anak2 jadi makmum...kan bahagia gitu!

Happy Birthday Farah!


Happy Birthday Farah!
My sweet girl...she is now 11 yrs old. Always having lots of words coming from her mouth...but I like the way she behaves & treats her youngest brother.

Pagi ni dgn rambut masih macam David Arumugam (Alley Cats lah!), Farah bangun pagi & being greeted by all family members for her birthday. So today we treated her at the Sunway Lagoon.

Friday, February 5, 2010

Emotional Intelligence (EQ)

Tutup cerita Hang Tuah, kita bincang perkara baru pula iaitu EQ yg mana ramai orang hampir terlupa mengenai ciri2 yg teramat penting utk pergaulan di dalam komuniti/keluarga. EQ ni merupakan model sikap manusia & amat diperlukan utk pembangunan organisasi & pembangunan manusia.

EQ turut membantu kita utk memahami & menilai perangai manusia, stail pengurusan, sikap, interpersonal skills & potensi yg ada. Ia membawa satu kepuasan hubungan kemanusiaan kerana setiap insan mempunyai nilai diri.

Ada 2 aspek EQ ini iaitu pertama utk memahami diri sendiri, sasaran diri, niat kita, respons kita, sikap kita & sebagainya. Aspek kedua ialah utk kita memahami orang lain & perasaan mereka.

Malangnya ramai di antara kita tidak cuba utk memahami perasaan orang lain terutama sekali sekira kita terlibat dgn bisnes yg melibatkan service. Dalam lain perkataan, kita perlu "empathy" dgn orang lain.

Sebab itulah kita perlu sentiasa tingkatkan "personal competence", "self regulation" & "self motivation". Haa...bagaimana caranya? Jawapannya...kenalah baca buku!

Sunday, January 31, 2010

Pembelajaran Yang Menyeronokkan

Secara tradisi, kita belajar berpandukan buku teks dan dibimbing oleh guru2 semasa di sekolah. Apabila kita meningkat dewasa, malangnya ramai yg lupa bahawa mereka sepatutnya belajar secara berterusan sehingga akhir hayat.

Sebenarnya kita belajar perkara baru setiap hari secara tidak sengaja. Utk menambahkan ilmu kita, kita perlu "sengajakan" utk belajar maknanya ada elemen disiplin di sini. Saya disiplinkan diri saya utk membaca buku2 baru setiap tahun...buku ini berbentuk ilmiah & motivasi.

Ilmu itu "power". Dunia hari ini dpt membezakan samada seseorang itu berilmu atau tidak melalui percakapan atau perbincangan dgn seseorang. Sebab itu saya menyarankan pengujudan "mobile library" di pejabat. Konsepnya amat simple iaitu hanya memerlukan sumbangan sebuah buku dpd setiap warga kerja. Katalah anda mempunyai 100 orang staf, maka secara tidak langsung anda mempunyai 100 buah buku tanpa mengeluarkan sebarang modal pun.

Senarai tajuk2 buku disediakan dgn excel worksheet & memerlukan seorang controller. Jika A mahu meminjam buku B, A akan memaklumkan kpd controller & controller akan menghubungi B memaklumkan A ingin meminjam buku B. Tempoh masa tertentu diberikan kpd A utk memulangkan kembali buku tsbt kpd peminjam selanjutnya, katalah C. Proses ini amat interesting & berterusan sehinggalah anda dpt membaca kesemua 100 buku...mudah kan?

Saturday, January 30, 2010

Hang Tuah Hang Jebat


Arakian tersebutlah kisah kegemilangan Hang Tuah di zaman kesultanan Melaka. Hang Tuah ni adalah seorang yg amat taat kpd pemerintah yakni Sultan Melaka. Pada satu masa Hang Tuah dititahkan oleh Sultan Melaka utk menjejak Tun Teja & membawa lari utk dikahwinkan dgn Sultan Melaka.

Tun Teja ni adalah anak kpd Bendahara Pahang. Adik Tun Teja namanya Tun Zainal. Sepatutnya Tun Teja akan berkahwin dgn Megat Panji Alam dari Terengganu. Namun Sultan Melaka telah berkenan kpd Tun Teja, maka Hang Tuahlah tempat utk meminta bantuan utk larikan Tun Teja ke Melaka.

Semasa dlm pelayaran dr Pahang ke Melaka, Tun Teja tersangkut hati pula dgn Hang Tuah. Memanglah...Hang Tuah ni hensem juga orangnya di samping mempunyai badan yg kental & gagah. Hang Tuah dgn penuh keikhlasannya cuba menjauhkan diri dpd Tun Teja kerana baginya beliau sekadar menjunjung titah perintah Sultan utk membawa Tun Teja ke Melaka(haa...tengok tu...penuh dgn INTEGRITI semasa buat kerja!).

Dipendekkan riwayat cerita, ada seorang pembesar istana Melaka yg dengkikan Hang Tuah kerana semenjak Hang Tuah dilantik sbg laksamana, Sultan sentiasa berdamping dgn Hang Tuah. Patih Karma Wijayalah orangnya yg telah memfitnah Hang Tuah berlaku curang di istana lalu tanpa usul periksa Sultan menitahkan Bendahara Melaka utk membunuh Hang Tuah.

Bendahara ni adalah seorang yg cerdik dan berwawasan. Beliau tidak membunuh Hang Tuah sebaliknya meminta Hang Tuah supaya meninggalkan Melaka & habiskan sisa hidupnya dgn beribadat.

Hang Jebat adalah rakan Hang Tuah yg paling akrab. Hang Jebat telah bersumpah utk menuntut bela di atas "kematian" Hang Tuah. Dia mula mengamuk & mengakibatkan Sultan Melaka terpaksa melarikan diri keluar dr istana.

Barulah Sultan menyesal & bertitah,"Alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup sudah tentu dapat membunuh Hang Jebat yg derhaka". Mendengar titah tsbt, Bendahara terus mengangkat sembah & memohon keampunan kerana Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya disimpan di sebuah pondok di hujung negeri. Sultan amat gembira lalu dititahkan utk memanggil balik Hang Tuah supaya menumpaskan Hang Jebat.

Akhir sekali Hang Jebat tumpas juga di tangan Hang Tuah kerana tikaman keris taming sari. Sebelum itu, semasa bersilat Hang Tuah terlepas keris taming sari & berjaya dirampas oleh Hang Jebat. Sebenarnya Hang Tuah menguasai lebih ilmu persilatan dibandingkan dgn Hang Jebat tapi keris biasa yg dihunus oleh Hang Tuah tidak lut ditikam kpd Hang Jebat.

Hang Jebat berkata sekira Hang Tuah beria2 benar mahu membunuhnya, dia akan serahkan keris taming sari yg terlepas tangan oleh Hang Tuah kembali kpd Hang Tuah. Hang Jebat rela mati di tangan kekandanya Hang Tuah.

Cuba renung2kan apakah pengajaran yg kita dapati dpd Hikayat Hang Tuah ini???

Monday, January 25, 2010

Balance in Life

Sifat manusia ada ketawa, sedih, diam, ramah dsbnya. Setengah orang dia bersifat panas baran...tapi malangnya dia tak tahu yg semua manusia mempunyai sifat baran tetapi sejauh mana dia control sifat ini supaya tidak digunakan di tempat yg tak sepatutnya.

Kenapa kita mesti bersifat panas baran? Di mana sikap pemaaf kita yg dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Setengah orang dah ber"title" haji tetapi masih tidak "pandai" menjaga hati kawan, rakan ataupun sdr mara.

Cuba kita renungkan sikap yg mana melekat pada diri kita? Kalau kita tengok seekor anak kucing pun, ia memerlukan belaian mesra oleh tuannya. Kucing pun pandai terasa hati dgn tuannya sekira tuannya tidak melayan dgn baik...

Friday, January 22, 2010

Nasihat dan Teguran


Setengah orang pantang ditegur utk dinasihati. Sifat ini amat tidak baik apatah lagi hidup kita ini adalah semata2 utk mengabdikan diri kpd Allah. Kita selalu mendengar bahawa hidup di dunia ini HANYA sementara, yang kekal ialah di akhirat. Bagi saya Allah begitu pemurah sekali sehinggakan telah memberi soalan2 awal kpd umat manusia utk bersedia menjawab di dalam kubur nanti. Jawapan pun telah disediakan...

Anak2 merupakan harta kpd ibubapa hatta harta & wang ringgit anak2 tersebut adalah hak ibubapa juga. Maka anak2 perlulah faham utk menghormati ibubapa apatah lagi ibubapa yg telah berusia lanjut. Saya pernah melihat apabila si ayah bercakap anak buat endah tak endah aje sambil membaca akhbar. Itu adalah satu dosa sekiranya si ayah tidak memaafkannya.

Kitaran hidup manusia ini adalah cyclic iaitu dari zaman bayi hingga ke zaman tua. Apabila kita tua, kita akan berpatah balik ke zaman bayi iaitu cepat nak menangis, minta dilayan & dibelai, perlu bantuan orang lain utk bergerak & sbgnya. Semasa berusia muda ini, janganlah pula kita bersikap angkuh atau sombong. Suatu hari nanti kita akan mengalami situasi yg sama iaitu anak2 kita pula yg akan bersikap sebegitu terhadap kita. Wahai anak2 sekelian...fahamilah!

Thursday, January 21, 2010

Kasih Ibu Bapa


Cuba kita renung kembali 10 tahun pertama dalam hidup kita apa yang kita laksanakan? Semuanya bergantung kpd bantuan ibubapa kita. Nak ke sekolah, kena dihantar, ibu sedia makan tengahari sekira bersekolah sebelah petang.

10 tahun kedua (maknanya umur 20 tahun lah tu!), kita mula hendak mengenali dunia & rakan2 karib sekeliling kita. Setengah tu dah mula cinta monyet! Kadang2 kita rasa dunia ini kita yg punya kerana apa yg kita hajati biasanya kita akan dapat...of course dgn bantuan ibubapa kita juga.

10 tahun ketiga...haah...umur 30 tahun...barulah tahu apa itu realiti hidup dalam dunia. Tapi masih lagi memerlukan kasih sayang ibubapa...sebab tu lah bila musim raya aje, seluruh negara akan sibuk di jalanraya...semuanya nak balik kampung sebab nak rasa suasana beraya seperti di zaman kanak2 dulu.

Namun, berapa ramai antara kita yang sentiasa beri perhatian kpd ibubapa. Percayalah mereka sentiasa mengingati anak2 mereka setiap hari & malam terutama bila anak2 berjauhan...mencari rezeki di negeri orang. Syurga tetap di bawah tapak kaki ibu & bapa...........

Wednesday, January 20, 2010

Udara, Angin dan Bayu


Ramai di antara kita pernah mengalami ditiup angin, merasai bayu sepoi2 bahasa dan juga menghirup udara segar. Kadang2 kita rasa alangkah beruntungnya seekor burung yang lemah namun tetap tenang & bergembira dapat melayari panorama dunia dari sudut yang amat menarik.

Kenapa kita tak dikurniakan sayap spt burung? Jawapannya mudah kerana kita dikurniakan akal fikiran yg lebih sejuta kali kebaikan dpd mempunyai sepasang sayap. Namun sayap yg direkacipta oleh manusia tidak mendatangkan manfaat kpd manusia kerana sayap yg dicipta adalah utk menggugurkan bom ke atas manusia yg lain!

Kalau setiap manusia yg dilahirkan dapat memberi manfaat kpd manusia yg lain, alangkah selamatnya dunia ini utk didiami. Seharusnya kita patut bersyukur berada di Malaysia kerana kita masih lagi dapat merasa udara yg dingin di pagi hari, hembusan angin yang lembut dan tiupan bayu yg menggeletek kalbu.

Tuesday, January 19, 2010

Lupakah Manusia?

Hujan lebat, banjir di Sabah, gempabumi di Haiti, serangan Israel ke atas Gaza, iceberg mencair di kutub...dan pelbagai lagi masalah dunia. Pokoknya silap manusia sendiri yg tak pandai pandai nak hidup dalam keadaan harmoni & kasih sayang.

Nyawa setengah manusia lebih mahal dpd nyawa setengah manusia yg lain...bencana di Bosnia Herzegovina beberapa tahun dulu menjadi saksi betapa rakusnya golongan manusia tertentu utk menakluki tanah jajahan orang lain.

Apa pengajaran yg kita dapat dari cerita2 tersebut? Bagaimana golongan manusia ini akan berubah atau terus lenyap dari mukabumi ini supaya dunia ini dapat didiami oleh golongan yg mengerti akan kemanusiaan & kasih sayang...

Monday, January 18, 2010

Budaya Menunggu...

Semalam saya lalui Sg Merab & kws industri Bangi. Lampu jalan banyak yg tak nyala. Dalam hati saya kata mungkin majlis perbandaran di sini menunggu aduan kot...kereta dah lah banyak & ada juga simpang yg gelap. Saya rasa masyarakat Malaysia ni lebih suka menunggu untuk bertindak dpd bersikap proaktif.

Di mana silapnya? Saya rasa mungkin juga disebabkan kita tak pernah rasa susah & hidup kita tak pernah diduga...Tapi kalau Malaysia mahu melangkah ke World Class sepatutnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah.

In any failure, there is somebody who does not do his work!

Saturday, January 16, 2010

Asal usul...

Saya tertarik apabila bercakap mengenai masyarakat majmuk di Malaysia. Melayu, Cina, India, Serani, Iban, Kadazan & di Melaka ada Portugis. Bila direnung & ditenung wajah masing2, saya tertanya2mana dia wajah asal Melayu, Cina, India dsbnya?

Anak saya Fakhrurrazi(nama glamor Yo)ditegur oleh pekedai Cina dgn bahasa mandarin. Dia ingat Yo org Cina. Orang kata wajah saya pun ada iras Cina...mungkin betul sebab nenek saya dulu ada waris di Kg Cina, Kota Bharu!

Namun isteri saya pula salsilahnya dari Pagar Ruyong, Indonesia. Beberapa tahun lepas keluarga sebelah isteri saya ada buat perjumpaan besar keluarga sempena Aidilfitri & berjaya mengumpulkan 300 keluarga. Bila digali asal usul, rupanya keluarga isteri saya adalah dari keturunan kesultanan di Pagar Ruyong...cuma dah 7 keturunan. Keluarga besar istana Pagar Ruyong banyak telah berhijrah ke Tanah Melayu & berada di Negeri 9, Pahang & Kelantan.Isteri saya pun ada iras wanita Sumatera!

Di mana kita?

Saya teringat apa yang saya dengar beberapa tahun dulu iaitu terdapat 4 golongan manusia di atas dunia ini iaitu:

1) dia tahu apa yang dia tahu
2) dia tahu apa yang dia tak tahu
3) dia tak tahu apa yang dia tahu
4) dia tak tahu apa yang dia tak tahu

Cuba kita buat sedikit tinjauan ke atas diri kita. Agak2 kita berada di dalam golongan yang mana? Harap2 janganlah berada di dalam golongan ke 4 iaitu dia tak tahu apa yang dia tak tahu. Golongan ini amat parah kerana dia tak akan mempunyai perasaan ingin memajukan diri sendiri kerana dia tak tahu apa bentuk pengetahuan yang dia sepatut cari...

Semoga anda semua termasuk diri saya berada di dalam golongan no. 1.

Friday, January 8, 2010

20 tahun tak jumpa...


Hari ini saya terserempak dgn kawan lama yg dah 20 tahun tak jumpa. Kawan sama belajar dulu di Spring Valley, New York. Namanya Kamal & isterinya Azlin. Sama2 mendaftar anak di Sekolah Keb. Presint 8, Putrajaya. Saya terus menjemput mereka berdua ke rumah saya yg jaraknya 5 minit saja berjalan kaki.

Kami ketawa berdekah2 mengimbau kembali cerita2 lama semasa di New York. Mana taknya...masa tu perangai kebudak2an. Tapi kami byk pula belajar utk berdikari di negeri orang...

Mereka tinggal di Sg Merab...so taklah jauh sgt dari rumah saya. InsyaAllah saya akan berkunjung ke rumah mereka pula. Betullah kata2 "Laughter is the best medicine"...bila kita recall cerita2 lucu zaman lampau.

Getaran Jiwa...

"Getaran Jiwa...
Melanda Hatiku...
Tersusun Nada...
Irama dan Lagu......
Walau Hanya Sederhana...
Tetapi Tak Mengapa...
Moga Dapat Membangkitkan...
Sedarlah Kamu Wahai Insan......
Tak Mungkin Hilang...
Irama dan Lagu...
Bagaikan Kembang...
Sentiasa Bermadu......
Andai Dipisah Lagu dan Irama...
Lemah Tiada Berjiwa...
Hampa................"

Bait2 lagu Tan Sri P.Ramlee di atas memberi makna yg mendalam kpd saya.Se Nada, Se Irama dan Se Lagu mencerminkan One Team,One Spirit,One Goal di dalam langkah kita utk menjadi yang terbaik di dalam prestasi kerja.

Saya suka tengok kumpulan orkestra membuat persembahan kerana bukan mudah utk menyelaras semua pemuzik utk menghasilkan sesebuah lagu yg merdu dan harmoni. Konduktor orkestra memain peranan penting dan semua ahli muzik perlu patuh & taat kpd konduktor demi utk menghasilkan lagu yg merdu tanpa cacat celanya...begitu juga kepimpinan di peringkat organisasi yg mempunyai peranan yg amat penting bersama2 dgn anak buahnya...

Thursday, January 7, 2010

Hari paling bersejarah...

Segalanya bermula di sini...Melaka merupakan catatan awal sejarah Tanah Melayu. Begitu juga TNB Melaka yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Presiden TNB(AKP)2009 & muncul sebagai negeri terbaik di dalam TNB (dpd 13 buah negeri). 6 Januari 2010 bermulalah era untuk warga TNB Melaka mengekalkan kejuaraan ini.

Saya teringat kata2 hikmat "Always Be The First" sekira kita mahu dihormati oleh masyarakat umum. Namun yang paling mustahak ialah menangani "The Right Problem with The Right Solution" di samping perlu mempunyai ciri2 kebolehan menyelesai masalah (Problem Solving Skills). Pi mai pi mai...yang mustahaknya ialah samada kita telah sedia mengenali diri kita sendiri dgn lebih mendalam.Ingat kita dijadikan Allah utk menjadi khalifah di muka bumi & utk mengabdikan diri kita kpd Allah SWT. Dalam lain perkataan, segala amal perbuatan kita akan mendapat pahala sekira diikuti dgn niat yg ikhlas.

Syabas saya ucapkan kpd seluruh warga TNB Melaka. I know you can do much better in the future...

Sunday, January 3, 2010

Cabaran 2010 baru bermula...

Apa dah jadi...teringat lagu Tan Sri S.M. Salim. Baru masuk hari ke 3 tahun 2010 kita telah disediakan dgn cabaran baru terutama kpd seluruh umat Islam. Golongan bukan Islam berjaya mendapat keputusan mahkamah utk menggunakan perkataan Allah di dalam penyebaran agama mereka.

Pehak kerajaan akan mengemukakan rayuan di mahkamah & pelbagai NGO telah keluar membantah penggunaan perkataan Allah oleh pehak bukan Islam.Sepintas tilik, golongan tertentu dah mula naik tocang. Kenapa? Jawapannya amat mudah...setiap hari di dada akhbar kita dihidangkan dgn berita Melayu bergaduh di sana sini. Melayu di sini bermakna Islam lah...jadi kenapa orang Melayu beragama Islam suka bergaduh??? Masuk politik sepatutnya utk membantu rakyat & menjadi ikon atau contoh/role model kpd yg dipimpin...

Kpd anak2 & ibubapa sekelian, cabaran 2010 baru bermula. Lengkapkanlah ilmu agama Islam didada anak2 kita. Jgn mudah tertipu dgn godaan syaitan kerana syaitan ni berada di sekeliling kita...yg nampak & yg tak nampak. Kepada anak2ku...selamat belajar di tahun baru ini.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru 2010

Pagi ni hujan pula di Riyaz Heritage, K. Terengganu. Tengahari nanti nak hantar Ika masuk asrama SESMA. Sempat juga buat arrangement nak jumpa few old friends...

Di Terengganu ni banyak nostalgia. Mana taknya hampir 10 tahun tinggal di Terengganu. Yang seronoknya setiap pelusuk mempunyai pemandangan yg cantik...especially pantainya!

Sebut pasal tahun baru 2010 ni, semestinya setiap di antara kita perlu menilai kembali pencapaian azam kita tahun lepas. Jangan jadikan azam setiap tahun sbg perkara biasa aje tanpa "timeline" utk mencapainya.

Jadi dalam masa 365 hari lagi, apakah sasaran pencapaian yang kita nak genggam? Steven Covey dalam 7 Habits of Highly Effective People kata kejayaan bermula dgn sejauh mana kita bersikap PROAKTIF.