Sunday, February 28, 2010

Laughter The Best Medicine

Pernah tak kita dengar ungkapan spt tajuk di atas? Dikatakan bhw seseorang yg selalu ketawa umurnya lebih panjang dpd seseorang yg selalu muram & pendam perasaan seorang diri.

Ada seorang pesakit kanser dinasihatkan oleh doktornya supaya mengubah cara hidup dgn menghiburkan diri sendiri dan cuba ketawa. Sel2 kansernya tak sempat nak bercambah kerana sistem imunitinya semakin kuat.

Sebab itulah bila kita kunjungi rakan kita yg sakit, cuba hiburkan hatinya spt buka cerita2 lama yg akan menyebabkan dia ambil bhg utk bercerita pula.

Pengalaman saya pula, apabila saya melihat bapa saya nak demam, saya mula buka cerita semasa dia bekerja dulu...40 tahun dulu. Dia begitu bersemangat menyambung cerita & terus bangun dari katilnya dgn semangat yg lebih kuat...haa..tulah petuanya sambil kita berdoa byk2 kpd Allah SWT supaya ibubapa kita & juga kita sekeluarga dipanjangkan usia & sehat wal'afiat utk beribadah kpdnya.

1 comment:

  1. Diceritakan kisah 2 orang budak lelaki berada di klinik. Yang seorang melihat seorang lagi sedang menangis. Dia bertanya, "Why are you crying?" Sebab kedua-duanya mat saleh, yang menangis tu menjawab, "I'm going to do blood test, they are going to cut my finger." Mendengar jawapannya, yang bertanya menangis lebih kuat lagi. "Why are crying so badly?" Yang seorang lagi pula bertanya. "I'm going to have urine test!...huk...huk."

    Macamana, kalau tak ketawa tak fahamlah makna ceritanya.

    ReplyDelete