Tuesday, February 23, 2010

200 Kemahiran

Percaya tak percaya, kita dikurniakan oleh Allah SWT lebihkurang 200 kemahiran tanpa disedari. Tak percaya ya? Ok, senaraikan apa yg anda tahu utk melakukan sesuatu. Contohnya kemahiran membaca, menulis, mengira, memasak (masak air pun kemahiran juga tu!), memandu, mengguna komputer, mengajar, memanjat, membasuh dsbnya...

Tapi saya salute golongan wanita (hasil observation ke atas isteri saya) yg mana wanita boleh lakukan kerja "multi-tasking" pd satu masa. Semasa dia memasak, dia membasuh & kemas rumah, iron baju, susun pakaian, sedia senarai utk ke pasar dsbnya.

Hari ini Cuepacs bimbang sbb golongan wanita ini begitu menyerlah di posisi kepimpinan. Pagi tadi saya hadiri Seminar & Dialog MIDA & true enough menteri MITI Dato Sri Mustapa diapit oleh 2 orang wanita iaitu KP MIDA Datuk Jalilah Baba & KP SMECorp Dato Hafsah.

Mana dia pergi lelaki semua niii...???

6 comments:

  1. Bagi saya samada lelaki atau wanita yang memimpin tidak menjadi soal asal sahaja kewibawaannya terserlah dan tidak berat sebelah.

    Pengalaman saya di Tkn 6, tahun 1980 dahulu drpd 30 murid, 25 adalah perempuan! Ke mana mereka sekarang? Pasti sebahagiannya telahpun jadi pemimpin sesebuah organisasi...

    ReplyDelete
  2. Tengok TNB Melaka pun cukup.
    10 tahun Dulu lady exec. ada 2 je, azwa dan teo,
    sekarang hampir separuh exec.terdiri dari kaum wanita.

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak sedar sebanyak itu kemahiran yang ada pada kita. Allah maha kaya, diberi-Nya begitu banyak kemahiran untuk kesenangan kita. Tapi masih ramai yang tidak bersyukur.

    ReplyDelete
  4. Bakawali, mungkin 25 wanita tsbt adalah Datuk Jalilah & Dato Hafsah!

    ReplyDelete
  5. Waghih, sbb tu TNB Melaka No. 1!

    ReplyDelete
  6. Cikgu, org akan bersyukur & menghargai nikmat bila dia terdesak & survive utk hidup.

    ReplyDelete