Friday, January 8, 2010

Getaran Jiwa...

"Getaran Jiwa...
Melanda Hatiku...
Tersusun Nada...
Irama dan Lagu......
Walau Hanya Sederhana...
Tetapi Tak Mengapa...
Moga Dapat Membangkitkan...
Sedarlah Kamu Wahai Insan......
Tak Mungkin Hilang...
Irama dan Lagu...
Bagaikan Kembang...
Sentiasa Bermadu......
Andai Dipisah Lagu dan Irama...
Lemah Tiada Berjiwa...
Hampa................"

Bait2 lagu Tan Sri P.Ramlee di atas memberi makna yg mendalam kpd saya.Se Nada, Se Irama dan Se Lagu mencerminkan One Team,One Spirit,One Goal di dalam langkah kita utk menjadi yang terbaik di dalam prestasi kerja.

Saya suka tengok kumpulan orkestra membuat persembahan kerana bukan mudah utk menyelaras semua pemuzik utk menghasilkan sesebuah lagu yg merdu dan harmoni. Konduktor orkestra memain peranan penting dan semua ahli muzik perlu patuh & taat kpd konduktor demi utk menghasilkan lagu yg merdu tanpa cacat celanya...begitu juga kepimpinan di peringkat organisasi yg mempunyai peranan yg amat penting bersama2 dgn anak buahnya...

2 comments:

  1. teamwork...senang diucapkan, sukar dicapai sekiranya fahaman berbeza menjadi ukuran utama... sepatutnya, semua bermusyawarah... dengan matlamat yang sama, bersama untuk mencapai kejayaan....

    ReplyDelete
  2. Team Work, Team Think, Team power!!!

    ReplyDelete