Saturday, December 26, 2009

Kelihatan Ceria


Semua orang nak kelihatan ceria. Untuk menjadi ceria, kita mestilah jaga kesihatan kita bermula dari amalan pemakanan harian. Saya berkesempatan berkongsi rahsia kesihatan dgn YABhg Tun Dr Siti Hasmah isteri kpd mantan PM kita iaitu YABhg Tun Dr Mahathir semasa jamuan hari raya Aidilfitri pada 14 Oktober 2009 di Presint Diplomatik, Putrajaya.

Apa rahsianya...nak tau tak? Pertama, kurangkan gula. Kedua, kurangkan masin. Ketiga, kurangkan karbohidrat dan keempat, kurangkan lemak.

Ada satu lagi rahsia...mengamalkan pemakanan Habbatus Sauda(spt gambar). Saya telah mengamalkannya selama 7 tahun dan Alhamdulillah kesihatan saya & keluarga bertambah baik. Harganya pun cuma RM27 sebotol, demi utk memantapkan kesihatan kita. Kalau berminat bolehlah hubungi saya 019-3299332.

Pada masa yg sama saya & isteri mengambil minuman kosmetik iaitu Tomato+Green Tea dpd STEVICO. Minuman ini utk kesihatan kulit & wajah lebih muda & ceria. Belum cuba belum tahu...rasa sekali pasti nak selalu!

Friday, December 25, 2009

Pengalaman di Terengganu


Semasa saya bertugas di Terengganu, saya amat tertarik dgn kata2 hikmat bekas MB Terengganu Dato Seri Idris Jusoh iaitu Impian Menjadi Realiti, Bukan Cakap Kita Buat, Memahat Sejarah Mencipta Tamaddun dan Tiada Halangan Hanya Peluang.

Masyarakat Melayu secara amnya pada pandangan saya masih merupakan masyarakat "follower" bukan "leader". Kita perhatikan berapa kerat di kalangan Melayu yg menjadi pelopor di dalam bidang bisnes & perusahaan.

Ungkapan TIADA HALANGAN HANYA PELUANG begitu melekat di hati saya. Sebab itu saya tidak mudah melatah apabila berdepan dgn masalah kerana saya akan cuba berikhtiar utk menjadikan masalah tersebut sebagai peluang & menjadi KEKUATAN kpd saya.

Di abad ke 21 ini, sama2lah kita membina kekuatan supaya masyarakat Melayu tidak lagi dikenali sbg pelopor kpd dadah, merempit di jalanraya, melepak di pusat beli belah dan mana2 sikap negatif. Semua mempunyai peluang yg sama; 24 jam sehari dan berkongsi matahari & bulan yg sama. Cuma masih lagi kelihatan masyarakat Melayu yg suka membuang sampah merata2; tak kira di pekarangan masjid, pantai peranginan & tempat jogging...salah siapakah ini?

Thursday, December 24, 2009

Muzik 60han

Saya sering ditanya oleh anak bongsu saya Danial & anak kedua bongsu saya Farah kenapa Papa suka dengar lagu 60han semasa saya memandu. Sebenarnya bagi saya apabila kita mendengar lagu tersebut ia membawa kita mengelamun sejenak sewaktu usia kita di masa tersebut & jiwa kita akan terasa bertenaga. Saya juga suka mendengar lagu2 Uji Rashid & Hail Amir, Black Dog Bone, Alley Cats, J Mizan, Julie Remie, M Sharif, P. Ramlee & kalau lagu2 barat Rod Stewart, Celine Deon, Mariah Carey, Air Supply & MLTR.



Saya juga suka menonton teater yg terpilih bersama isteri saya. Setakat ini kami telah menonton P. Ramlee The Musical, Black Dog Bone, Jamal Abdillah & Natrah. Seronok menonton terutama sekali apabila melihat begitu cepatnya prop ditukar. Falsafah di sebalik pembikinan sesebuah teater ialah Disiplin, Kecepatan, Memahami peranan masing2 dan Kerja Berpasukan.

Tahniah Ika PMR & Happy Birthday Kakak

Hari ini saya amat bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana telah memberi anugerah 8A kpd anak saya Nor Shafiqah Diana atau nama glamor Ika dlm PMRnya. Saya percaya ramai juga ibu & bapa berasa gembira di atas kecemerlangan anak2 mereka. Bagi saya ada 2 kegembiraan hari ini; pertama Ika dpt 8A dan kedua hari ni adalah harijadi anak saya yg kedua Nor Shahirah Azini atau nama glamor Kakak!


Bercakap mengenai pencapaian dlm akademik ini, saya percaya ramai ibubapa berasa bangga dgn anak masing2. Namun ada di kalangan ibubapa yg mungkin lupa bahawa kita perlu juga score 11A utk akhirat nanti iaitu tuntutan rukun Islam & rukun Iman. Saya berasa sedih apabila membaca di akhbar remaja perempuan Melayu yg telah "hanyut" & dgn mudah dibawa ke hulu & ke hilir oleh lelaki. Apa sudah jadi dgn ibubapa remaja ini?


Perkara asas yg perlu ada adalah ATTITUDE yg betul & sentiasa bertanya khabar kpd anak2 walaupun anak telah meningkat dewasa. Kita bukan tinggal di USA, UK, Australia atau New Zealand. Ini adalah Malaysia, yg mempunyai tatasusila & sikap lemah lembut rakyatnya.


Ok...kita tinggalkan dulu perkara tadi. Malam esok saya berjanji nak bawa sekeluarga keluar makan di luar sempena meraikan kejayaan Ika & juga sambutan harijadi Kakak. Saya mengucapkan tahniah kpd isteri saya yg dikasihi kerana telah bersama2 membentuk anak2 kami...Alhamdulillah.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah...syukur nikmat bahawa Allah SWT masih menyayangi kita semua dengan mengurniakan sebuah negara yang aman damai. Berapa ramaikah di antara rakyat Malaysia yang sentiasa bersyukur apabila terjaga dari tidur?

Sikap manusia ni apabila berada di dalam aman, dia akan cari isu baru untuk mewujudkan suasana kecoh. Tetapi apabila bala melanda, boleh pula mereka berpakat demi utk menyelamatkan diri & nyawa. Maka dikala itu masing2 akan percaya bahawa nyawa amat berharga dan bantu membantu amat diperlukan tak kira bangsa, agama & warna kulit.

1 Malaysia...rupanya saya telahpun mengamalkan cara ini semenjak di sekolah menengah lagi. Kawan saya Andrew Pang, Oh Boon Jin, Khik Chee Soon, Bernard Yau Boon Lin, Rajalingam, Foh Chung Kong dan ramai lagi yg tak sempat saya tulis. Kami main bersama, tolong menolong semasa di dalam makmal Fizik, Kimia atau Biologi...masing2 perasan nak jadi doktor apabila mula buat pembedahan ke atas katak & ikan!

Saya menyeru kpd anak2 saya supaya mengamalkan sikap budipekerti yg tinggi terhadap orang tua. Pernah kita dengar ungkapan bahawa sekira kita buat baik kpd orang tua terutama sekali ibu & bapa, di hari muka nanti anak2 kita akan menjaga kita dengan baik.

Monday, December 14, 2009

Zaman Persekolahan

Setiap kali saya balik Kota Bharu, saya akan melewati sekolah lama saya iaitu Sekolah Rendah Tg Indera Petra di Wakaf Mek Zainab. Sekolah menengah pula di Sultan Ismail College, Jalan Telipot. Teringat laluan basikal saya bersama teman lama Ramlan Sulaiman. Saya panggil dia "orang putih" sebab ibunya orang England dan bapanya orang Pasir Mas.

Semasa di zaman sekolah rendah ini, kita tak akan lupa rakan2 yang sama2 bermain di padang sawah, menangkap ikan dan yang paling best ialah semasa musim hujan kerana kawasan perumahan kami sentiasa banjir...boleh main rakit.

Kawan lama saya Zulrushdi terserempak dgn saya di Shell Presint 8 Putrajaya. Telah 35 tahun tak jumpa. Nasib baik dia masih kenali saya. Jadi kami mulakan balik "friendship" yg telah lama terpisah.

Sebenarnya kita banyak belajar semasa di zaman kanak2. Banyak idea kreatif digunakan. Senapang kayu buat sendiri...sebab ada cerita Combat masa tu. Rakit buat sendiri...sbb musim hujan nak main rakit. Bisnes mula jalan...sbb ada pokok jambu di belakang rumah yg buahnya amat lebat sekali...sebiji harga 5 sen atau 10 sen (tahun 1973!).

Begitu seronok sekali...jadi kpd ibu dan bapa janganlah mengongkong anak2 kita begitu kuat sekali kerana zaman kanak2 hanya sekali sahaja.

Saturday, December 12, 2009

Pencarian Ilmu

Setiap hari kita belajar. Bayi pun belajar. Tiada siapa dilahirkan terus pandai. Sebab itulah kita jangan terlalu cepat mengalah sekira diberi tugasan. Saya bawa pendekatan Azim's Triangle di dalam pengurusan kerja berpasukan saya.

Matlamat akhir kita ialah utk mencapai keputusan yg kita harap-harapkan. Ya...kita sama2 tetapkan sasaran keputusan yg kita harapkan. Namun di tengah jalan ada saja penghalangnya...tetapi bila disemak kebanyakan penghalangnya ialah daripada sikap kita sendiri.

Saya mulakan Azim's Triangle ini dgn perkara asas iaitu SIKAP. Sikap merupakan nadi penggerak kemajuan & pencapaian sesuatu tugasan. Kemudian diikuti pula dgn PROAKTIF dan KOMUNIKASI YANG EFEKTIF. Peringkat ketiga ialah KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN. Peringkat ke 4 pula ialah SASARAN MASA(TIMELINE) dan SENARAI SEMAK(CHECKLIST) dan yang terakhir sekali ialah KEPUTUSAN(RESULTS).

Friday, December 11, 2009

Syukur

Anugerah tuhan kpd seluruh makhluk begitu bererti sekali. Kalau diambil kira penggunaan oksigen oleh setiap makhluk mencerminkan betapa berharganya keperluan tersebut.

Namun berapa ramai di antara kita yg begitu menghargai anugerah Allah ini...free of charge! Cuba dikira sekiranya yang Maha Kuasa mengenakan cas 1 sen seminit terhadap setiap makhluk...cuba anda bayangkan berapa kos pembayaran setahun perlu ditanggung oleh kita semua.

Perkataan yg paling relevan terhadap pemberian ini ialah SYUKUR. Bangun pagi kita bersyukur, jamah rezeki kita bersyukur, dapat gaji kita bersyukur....dan yg teramat amat amat kita panjatkan kesyukuran ialah di atas anugerah kesihatan.

Thursday, December 10, 2009

Jaga Kesihatan

Perihal kesihatan ni, banyak sudah kita mendengar kematian di peringkat usia yg masih muda lagi. Kalau direnung kembali zaman orang tua kita, mengapa usia mereka dapat dilanjutkan dgn kuasa Allah jua namun hakikatnya penjagaan dari segi makanan dan exercise perlu dititikberatkan.



Pagi Jumaat ini saya ingin berkongsi satu hadis nabi yg berbunyi "Tetapkanlah dengan habbatus sauda, sesungguhnya ia penyembuh segala penyakit kecuali mati". Saya memang pengguna setia habbatus sauda...sejak 7 tahun yg lalu. Itu pun setelah diberitahu oleh sepupu kpd isteri saya iaitu Azman (sekarang beliau bertugas di LHDN Kota Kinabalu).



Sejak saya mengambil habbatus sauda, Alhamdulillah saya sekeluarga diberi kesihatan yg terbaik oleh Allah SWT. Habbatus sauda amat berkesan utk penyakit spt gout, sembelit, buasir, resdung, kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, susah tidur malam, selalu bersin, tangan sentiasa berpeluh dsbnya. Boleh hubungi saya 019-3299332 sekira memerlukannya.

Wednesday, December 9, 2009

Natrah

Saya berkesempatan menonton teater Natrah malam tadi bersama isteri saya. Sudah lama saya tidak keluar dgn isteri, jadi malam tadi kami spend masa utk menonton bersama. Kepada suami2 tu, elok juga sekali sekala luangkan masa bersama isteri...bersantai di luar sana.

Natrah - suatu peristiwa yg amat menyayat hati. Berlaku di negara kita sekitar 50-60han. Saya pernah bertugas di Terengganu & setiap kali saya melewati Kemaman saya teringat akan kesah Natrah.

Dipendekkan cerita, kita perlu pertahankan keimanan kita & keluarga kita kerana sekarang ini pun banyak berlaku kes2 murtad tanpa kita sedari. Awasilah anak2 kita dari bangku sekolah lagi...apa lagi sekiranya ada yg telahpun berada di menara gading...penuh dgn dugaan & pancaroba.

Teater Natrah bagi saya berjaya menggarap suatu pengajaran & harapan agar kita sbg seorang muslim hendaklah sentiasa bersyukur di atas pelbagai nikmat yg kita kecapi selagi nyawa dikandung badan.

Monday, December 7, 2009

Awan Mendung

Hari ini amat bermakna bagi diri saya & kawan2 yg lain kerana kami dikunjungi oleh CEO kami sbg salah satu pendekatan turun padang. Saya melihat wajah2 warga kerja amat ceria sekali..seceria pemandangan tasik Putrajaya.

Kesempatan ini diambil utk saya menyerah tugas kpd kepimpinan baru pejabat TNB Putrajaya. Cuaca redup hari ini menggambarkan beratnya hati saya utk meninggalkan Putrajaya walaupun setelah 1 tahun 3 bulan bertugas di sini.

Sesungguhnya pandangan yg visionary oleh Tun Dr Mahathir suatu masa dulu telah menyerlahkan Malaysia di persada antarabangsa. Setiap warga yang bekerja di Putrajaya tak kira di mana jabatan pun akan menunjukkan sikap yg committed di dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Saturday, December 5, 2009

Hijrah 2009

1 Disember 2009 bermulalah saya melapor diri di Melaka selepas 1 tahun 3 bulan di Putrajaya. Walaupun agak seronok bertugas di Putrajaya namun saya rasa Melaka juga apa kurangnya dari segi pemandangan yang indah. Saya tanpa banyak soal terus menerima pertukaran tugas ini dengan hati terbuka kerana saya percaya rezeki ini telah ditentukan oleh Allah SWT.