Friday, January 22, 2010

Nasihat dan Teguran


Setengah orang pantang ditegur utk dinasihati. Sifat ini amat tidak baik apatah lagi hidup kita ini adalah semata2 utk mengabdikan diri kpd Allah. Kita selalu mendengar bahawa hidup di dunia ini HANYA sementara, yang kekal ialah di akhirat. Bagi saya Allah begitu pemurah sekali sehinggakan telah memberi soalan2 awal kpd umat manusia utk bersedia menjawab di dalam kubur nanti. Jawapan pun telah disediakan...

Anak2 merupakan harta kpd ibubapa hatta harta & wang ringgit anak2 tersebut adalah hak ibubapa juga. Maka anak2 perlulah faham utk menghormati ibubapa apatah lagi ibubapa yg telah berusia lanjut. Saya pernah melihat apabila si ayah bercakap anak buat endah tak endah aje sambil membaca akhbar. Itu adalah satu dosa sekiranya si ayah tidak memaafkannya.

Kitaran hidup manusia ini adalah cyclic iaitu dari zaman bayi hingga ke zaman tua. Apabila kita tua, kita akan berpatah balik ke zaman bayi iaitu cepat nak menangis, minta dilayan & dibelai, perlu bantuan orang lain utk bergerak & sbgnya. Semasa berusia muda ini, janganlah pula kita bersikap angkuh atau sombong. Suatu hari nanti kita akan mengalami situasi yg sama iaitu anak2 kita pula yg akan bersikap sebegitu terhadap kita. Wahai anak2 sekelian...fahamilah!

1 comment:

  1. Salam. Cabaran yang besar bagi parents to raise their children. The clash of civilization between western and eastern approach dalam mendidik anak, menjadikan parents dan anak makin keliru. Tambahan cabaran sekarang tak sama seperti dulu..

    Jika dilihat, budi bahasa dan sopan santun kian berkurangan dalam masyarakat. Tak perlu cari "salah siapa", tapi perlu cari "apa yg perlu kita buat"...

    ReplyDelete