Monday, December 14, 2009

Zaman Persekolahan

Setiap kali saya balik Kota Bharu, saya akan melewati sekolah lama saya iaitu Sekolah Rendah Tg Indera Petra di Wakaf Mek Zainab. Sekolah menengah pula di Sultan Ismail College, Jalan Telipot. Teringat laluan basikal saya bersama teman lama Ramlan Sulaiman. Saya panggil dia "orang putih" sebab ibunya orang England dan bapanya orang Pasir Mas.

Semasa di zaman sekolah rendah ini, kita tak akan lupa rakan2 yang sama2 bermain di padang sawah, menangkap ikan dan yang paling best ialah semasa musim hujan kerana kawasan perumahan kami sentiasa banjir...boleh main rakit.

Kawan lama saya Zulrushdi terserempak dgn saya di Shell Presint 8 Putrajaya. Telah 35 tahun tak jumpa. Nasib baik dia masih kenali saya. Jadi kami mulakan balik "friendship" yg telah lama terpisah.

Sebenarnya kita banyak belajar semasa di zaman kanak2. Banyak idea kreatif digunakan. Senapang kayu buat sendiri...sebab ada cerita Combat masa tu. Rakit buat sendiri...sbb musim hujan nak main rakit. Bisnes mula jalan...sbb ada pokok jambu di belakang rumah yg buahnya amat lebat sekali...sebiji harga 5 sen atau 10 sen (tahun 1973!).

Begitu seronok sekali...jadi kpd ibu dan bapa janganlah mengongkong anak2 kita begitu kuat sekali kerana zaman kanak2 hanya sekali sahaja.

4 comments:

  1. huhu..maen perang2 guna 'hand-made gun' ..yo ader bwat tu sumer msa dok kat pasir mas dgn kwn2 yg seangkatan time tu...best2..
    hihihihi...

    ReplyDelete
  2. Yo, loning kena tukar cara...perlu byk cari ilmu , penuhkan di dada...

    ReplyDelete
  3. zaman leni ibu bapa takut anak kotor, takut anak jatuh, takut anak luka, dan takut macam2 lagi sedangkan masa dulu ibu bapa kita yang begitu tegas bab pelajaran tetap biarkan kita bebas bermain.. kutip pengalaman zaman kanak-kanak yang hingga kini buat kita tersenyum bila mengingatinya...

    masuk longkang depan rumah bila pertama kali naik basikal, patah 2 batang gigi sebab suka panjat pokok, kreatif mencipta mainan sendiri (mak ngan ayah tak begitu mewah nak belikan mainan untuk anak-anak yang ramai..., bermain ngan bergaduh dengan kawan-kawan berbilang bangsa..
    TAPI...itulah antara kenangan terindah yang boleh kita ceritakan tiap kali berkumpul bersama keluarga...

    bermain juga salah satu cara membina idea-idea kreatif kanak-kanak sebab kanak-kanak belajar ketika bermain...

    sedar tak sedar.. cara pendidikan ibu bapa dulu byk kesan baik yang dapat kita lihat berbanding anak2 muda sekarang...

    ReplyDelete
  4. Ya Masni, betul tu...skrg mainan semuanya mahal2. Jadi budak2 dah semakin kurang kreatif dibanding masa dulu. Jadi kenalah "Be Proactive & Creative"!

    ReplyDelete