Thursday, December 17, 2009

Selamat Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah...syukur nikmat bahawa Allah SWT masih menyayangi kita semua dengan mengurniakan sebuah negara yang aman damai. Berapa ramaikah di antara rakyat Malaysia yang sentiasa bersyukur apabila terjaga dari tidur?

Sikap manusia ni apabila berada di dalam aman, dia akan cari isu baru untuk mewujudkan suasana kecoh. Tetapi apabila bala melanda, boleh pula mereka berpakat demi utk menyelamatkan diri & nyawa. Maka dikala itu masing2 akan percaya bahawa nyawa amat berharga dan bantu membantu amat diperlukan tak kira bangsa, agama & warna kulit.

1 Malaysia...rupanya saya telahpun mengamalkan cara ini semenjak di sekolah menengah lagi. Kawan saya Andrew Pang, Oh Boon Jin, Khik Chee Soon, Bernard Yau Boon Lin, Rajalingam, Foh Chung Kong dan ramai lagi yg tak sempat saya tulis. Kami main bersama, tolong menolong semasa di dalam makmal Fizik, Kimia atau Biologi...masing2 perasan nak jadi doktor apabila mula buat pembedahan ke atas katak & ikan!

Saya menyeru kpd anak2 saya supaya mengamalkan sikap budipekerti yg tinggi terhadap orang tua. Pernah kita dengar ungkapan bahawa sekira kita buat baik kpd orang tua terutama sekali ibu & bapa, di hari muka nanti anak2 kita akan menjaga kita dengan baik.

No comments:

Post a Comment