Saturday, December 12, 2009

Pencarian Ilmu

Setiap hari kita belajar. Bayi pun belajar. Tiada siapa dilahirkan terus pandai. Sebab itulah kita jangan terlalu cepat mengalah sekira diberi tugasan. Saya bawa pendekatan Azim's Triangle di dalam pengurusan kerja berpasukan saya.

Matlamat akhir kita ialah utk mencapai keputusan yg kita harap-harapkan. Ya...kita sama2 tetapkan sasaran keputusan yg kita harapkan. Namun di tengah jalan ada saja penghalangnya...tetapi bila disemak kebanyakan penghalangnya ialah daripada sikap kita sendiri.

Saya mulakan Azim's Triangle ini dgn perkara asas iaitu SIKAP. Sikap merupakan nadi penggerak kemajuan & pencapaian sesuatu tugasan. Kemudian diikuti pula dgn PROAKTIF dan KOMUNIKASI YANG EFEKTIF. Peringkat ketiga ialah KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN. Peringkat ke 4 pula ialah SASARAN MASA(TIMELINE) dan SENARAI SEMAK(CHECKLIST) dan yang terakhir sekali ialah KEPUTUSAN(RESULTS).

No comments:

Post a Comment