Wednesday, December 9, 2009

Natrah

Saya berkesempatan menonton teater Natrah malam tadi bersama isteri saya. Sudah lama saya tidak keluar dgn isteri, jadi malam tadi kami spend masa utk menonton bersama. Kepada suami2 tu, elok juga sekali sekala luangkan masa bersama isteri...bersantai di luar sana.

Natrah - suatu peristiwa yg amat menyayat hati. Berlaku di negara kita sekitar 50-60han. Saya pernah bertugas di Terengganu & setiap kali saya melewati Kemaman saya teringat akan kesah Natrah.

Dipendekkan cerita, kita perlu pertahankan keimanan kita & keluarga kita kerana sekarang ini pun banyak berlaku kes2 murtad tanpa kita sedari. Awasilah anak2 kita dari bangku sekolah lagi...apa lagi sekiranya ada yg telahpun berada di menara gading...penuh dgn dugaan & pancaroba.

Teater Natrah bagi saya berjaya menggarap suatu pengajaran & harapan agar kita sbg seorang muslim hendaklah sentiasa bersyukur di atas pelbagai nikmat yg kita kecapi selagi nyawa dikandung badan.

No comments:

Post a Comment