Thursday, December 24, 2009

Tahniah Ika PMR & Happy Birthday Kakak

Hari ini saya amat bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana telah memberi anugerah 8A kpd anak saya Nor Shafiqah Diana atau nama glamor Ika dlm PMRnya. Saya percaya ramai juga ibu & bapa berasa gembira di atas kecemerlangan anak2 mereka. Bagi saya ada 2 kegembiraan hari ini; pertama Ika dpt 8A dan kedua hari ni adalah harijadi anak saya yg kedua Nor Shahirah Azini atau nama glamor Kakak!


Bercakap mengenai pencapaian dlm akademik ini, saya percaya ramai ibubapa berasa bangga dgn anak masing2. Namun ada di kalangan ibubapa yg mungkin lupa bahawa kita perlu juga score 11A utk akhirat nanti iaitu tuntutan rukun Islam & rukun Iman. Saya berasa sedih apabila membaca di akhbar remaja perempuan Melayu yg telah "hanyut" & dgn mudah dibawa ke hulu & ke hilir oleh lelaki. Apa sudah jadi dgn ibubapa remaja ini?


Perkara asas yg perlu ada adalah ATTITUDE yg betul & sentiasa bertanya khabar kpd anak2 walaupun anak telah meningkat dewasa. Kita bukan tinggal di USA, UK, Australia atau New Zealand. Ini adalah Malaysia, yg mempunyai tatasusila & sikap lemah lembut rakyatnya.


Ok...kita tinggalkan dulu perkara tadi. Malam esok saya berjanji nak bawa sekeluarga keluar makan di luar sempena meraikan kejayaan Ika & juga sambutan harijadi Kakak. Saya mengucapkan tahniah kpd isteri saya yg dikasihi kerana telah bersama2 membentuk anak2 kami...Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Happy Birthday to Kakak and Congrats to Ika... yang paling gembira dengan kejayaan ini tentunya ibu bapa, terasa hilang penat bila tengok slip keputusan anak, senyum mekar sepanjang hari...

    Beruntunglah wahai anak, kerana masih ramai lagi anak-anak di luar sana yang tidak mempunyai ibu dan ayah untuk memberi sokongan kasih sayang, moral, wang ringgit dan lain-lain lagi dalam membantu memberikan masa depan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....syukran,syukran...Allah Maha Kaya dan Maha Penyayang...segala yang baik itu datangnya dari Allah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah juga kepada Ika dan selamat menyambut hari jadi kepada Kakak daripada Makcik Zan.Semoga menjadi anak yang taat dan kebanggaan ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. bila cik Zan nak mari ke Putrajaya dgn keluarga?

    ReplyDelete