Friday, December 11, 2009

Syukur

Anugerah tuhan kpd seluruh makhluk begitu bererti sekali. Kalau diambil kira penggunaan oksigen oleh setiap makhluk mencerminkan betapa berharganya keperluan tersebut.

Namun berapa ramai di antara kita yg begitu menghargai anugerah Allah ini...free of charge! Cuba dikira sekiranya yang Maha Kuasa mengenakan cas 1 sen seminit terhadap setiap makhluk...cuba anda bayangkan berapa kos pembayaran setahun perlu ditanggung oleh kita semua.

Perkataan yg paling relevan terhadap pemberian ini ialah SYUKUR. Bangun pagi kita bersyukur, jamah rezeki kita bersyukur, dapat gaji kita bersyukur....dan yg teramat amat amat kita panjatkan kesyukuran ialah di atas anugerah kesihatan.

1 comment:

  1. free things were always taken for granted by most of us.

    kita sentiasa bermohon kepadaNya agar dimurahkan rezeki tapi jarang sekali kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas pada hari ini..

    kita bersyukur kerana masih diberikan oksigen untuk terus bernafas tetapi sejauh mana kita "bersyukur" dengan nikmat yang diberi apabila semakin banyak pencemaran yang kita lakukan...

    ReplyDelete