Friday, December 25, 2009

Pengalaman di Terengganu


Semasa saya bertugas di Terengganu, saya amat tertarik dgn kata2 hikmat bekas MB Terengganu Dato Seri Idris Jusoh iaitu Impian Menjadi Realiti, Bukan Cakap Kita Buat, Memahat Sejarah Mencipta Tamaddun dan Tiada Halangan Hanya Peluang.

Masyarakat Melayu secara amnya pada pandangan saya masih merupakan masyarakat "follower" bukan "leader". Kita perhatikan berapa kerat di kalangan Melayu yg menjadi pelopor di dalam bidang bisnes & perusahaan.

Ungkapan TIADA HALANGAN HANYA PELUANG begitu melekat di hati saya. Sebab itu saya tidak mudah melatah apabila berdepan dgn masalah kerana saya akan cuba berikhtiar utk menjadikan masalah tersebut sebagai peluang & menjadi KEKUATAN kpd saya.

Di abad ke 21 ini, sama2lah kita membina kekuatan supaya masyarakat Melayu tidak lagi dikenali sbg pelopor kpd dadah, merempit di jalanraya, melepak di pusat beli belah dan mana2 sikap negatif. Semua mempunyai peluang yg sama; 24 jam sehari dan berkongsi matahari & bulan yg sama. Cuma masih lagi kelihatan masyarakat Melayu yg suka membuang sampah merata2; tak kira di pekarangan masjid, pantai peranginan & tempat jogging...salah siapakah ini?

3 comments:

  1. Itulah Azim, susah untuk berubah jika tidak ada kesedaran dalaman dan keimanan yang sempurna. Kita biasa dengar maksud hadith "kebersihan/malu adalah sebahagian daripada iman" tetapi berapa ramai orang yang beramal dengan hadith tersebut?

    ReplyDelete
  2. bila cikgu nak datang Putrajaya?

    ReplyDelete
  3. Entahlah Azim, Kami baru saja balik dari KL. Doakan semoga kami sihat, insya Allah kami akan datang...

    ReplyDelete