Saturday, February 27, 2010

Miskin tapi kreatif

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang kanak2 yg amat miskin dan tinggal bersama keluarganya di sebuah kg. Kanak2 ini selalu melihat kanak2 lain pergi ke sekolah. Namun keluarganya tidak mampu utk mendaftarnya di sekolah tsbt.

Suatu hari dia dalam diam2 keluar rumah utk pergi ke sekolah dan mengintai kanak2 lain belajar melalui sisipan tingkap di luar kelas. Kebetulan pula gurubesar sekolah sdg buat class round & ternampak kanak2 ini. Gurubesar membawanya ke biliknya dan bertanya latarbelakang kanak2 ini.

Selepas beberapa minit, gurubesar tadi tahu bahawa kanak2 ini seorang yg pintar. Melalui PIBG, kanak2 ini didaftar pd hari itu juga & mulalah dia belajar di sekolah tsbt di dlm darjah 1.

Semasa waktu pelajaran lukisan, kanak2 td melihat kawan2 yg lain menggunakan berus & warna yg mahal2 & cantik pakejnya. Dia tak ada apa2 utk digunakan. Cikgu kelas kesian kat dia & beri pinjam 1 set berus & warna. Namun atas kesedaran yg dia seorang yg miskin, dia cuma minta sebatang berus & warna hitam sahaja. Cikgu agak pelik namun cikgu beri juga.

Selepas semua kanak2 siap melukis, cikgu memanggil setiap kanak2 berdiri di depan kelas & ceritakan tentang lukisan masing2. Begitu cantik & warna warni sekali lukisan kanak2 lain diikuti dgn penerangan mengenai lukisan masing2.

Tiba giliran kanak2 miskin tadi, dia pun menunjukkan lukisannya di depan kelas sambil tunduk kerana terasa malu dgn kawan2 yg lain. Sebenarnya lukisannya hanyalah warna hitam di seluruh kertas. Cikgu tergamam & tanya dia apa yg dia nak cerita pasal lukisannya.

Dia pun mengangkat kepalanya & bercerita mengenai lukisannya,"Di suatu malam yg gelap gelita, sebuah keluarga yg miskin sedang menikmati makan malam nasi & kicap tanpa lauk lain. Namun semua ahli keluarga bersyukur kerana dapat rezeki pd hari tsbt. Adakalanya mereka terpaksa berlapar beberapa hari kerana bapa sakit & tak dapat keluar mencari rezeki. Rumah mereka hampir roboh, bocor di sana sini. Malam hanya di terangi oleh pelita ayam, kadang2 bergelap terus sebab tiada duit nak beli minyak tanah. Orang ramai tidak ambil peduli keluarga mereka & selalu memandang hina."

"Namun hari ini saya amat bersyukur kerana tercapai cita2 saya utk belajar di sekolah walaupun sehari. Saya berterima kasih kpd cikgu & gurubesar kerana mengambil berat terhadap saya & besok saya tak akan datang lagi ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik2 di rumah"

Dipendekkan cerita, lukisannya telah mendapat no. 1 & cikgu kelas beri hadiah RM10 kpdnya. Dia tak nak ambil kerana dia tak pernah kenali duit & bapanya pun tak pernah beri duit walaupun 10 sen.

...itulah namanya Miskin Tapi Kreatif...ceritanya blm berakhir di sini, bersambung akan datang!

1 comment:

  1. Cerita tentang kelas lukisan ni teringat ketika saya darjah 4 dulu. Alahai nak beli peralatan lukisan pun tak mampu. Kerap juga tunggu kawan2 yg berada selesai melukis, baru dapat 'belen2' warnanya. Kalau yang tinggal merah, merahlah warna pemandangan yang saya lukis pada hari itu... Nostalgia betul!

    ReplyDelete