Sunday, February 7, 2010

Bangsa Inovatif & Kreatif

Dikatakan bangsa Jepun & Korea mempunyai daya inovasi & kreativiti yg tinggi. Mereka banyak belajar dpd "kehancuran" akibat perang dunia kedua. Generasi lama mereka telah memperturunkan ilmu kpd generasi pasca perang dgn nasihat yg amat penting & berguna.

Bangsa Melayu macam mana pula? Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa Melayu mudah lupa...saya rasa ada juga kebenarannya. Di segi pembelajaran di peringkat tinggi, 73% adalah perempuan di UUM Sintok. Lelaki Melayu mana pergi? Semalam dlm perjalanan balik (11.30 mlm)saya dr PJ Hilton ke Putrajaya selepas menghadiri seminar workshop, saya agak terperanjat kerana dipotong oleh beberapa buah motosikal yg merempit...budak Melayu tu meniarap terus di atas motosikal mereka...apa nak jadi?

PM Najib membuka ilham tahun ini 2010 utk menjadikan tahun inovasi & kreativiti. Ayuh ibu2 dan bapa2 sekelian, lupakah anda anak2 anda adalah amanah yg Allah berikan sementara hidup di dunia ini. Jagalah mereka supaya mereka menjadi anak yg bermanfaat kpd manusia yg lain. Jgn jadi seperti di Gaza yg mana Israel menganggap nyawa Palestin tidak berharga sama sekali.

Kita buka episod baru utk tahun ini. Semua ibubapa MESTI pantau pergerakan anak2 mereka & ajak mereka solat berjemaah...bapa jadi imam & isteri dan anak2 jadi makmum...kan bahagia gitu!

3 comments:

  1. Salam,
    Amalan bersembahyang jemaah ini pernah saya lihat sendiri dalam sebuah keluarga yang mempunyai 11 orang anak...anak2nya semua mendengar kata....bila ditanya apakah rahsianya....jawapannya hanyalah amalan bersembahyang jemaah bersama anak2 dan isteri serta setiap kali selepas solat pula, ambil peluang bercerita kisah-kisah yang boleh memberi kebaikan dan peringatan untuk anak2...cara ini merapatkan hubungan kekeluargaan....anak2 akan lebih dekat ibarat teman....

    ReplyDelete
  2. setuju... sembahyang berjemaah tidak kira di rumah atau di tempat kerja... merapatkan perpaduan ummah... kepimpinan melalui teladan juga dapat dizahirkan..

    pernah saya terbaca, cuba cari waktu untuk makan malam bersama-sama keluarga setiap hari, aktiviti bersama yang menambah kemesraan antara kita yang sibuk dengan kerja hingga makin kurang waktu bersama keluarga..

    sama-samalah kita mencuba yang terbaik untuk bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  3. betul tu Cenderawasih & Masni...lagipun bila keluarga sentiasa dekat kita dpt kumpulkan suatu "energy" & "wave vibration"...

    ReplyDelete