Sunday, February 14, 2010

Antara Bangsa & Bahasa


Dari Pattani ke Pengkalan Kubur terus ke Kota Bharu dan ke Besut kemudian ke Kuala Terengganu naik ke Kuantan kemudian ke Temerloh dan tiba di Genting Sempah utk sampai ke KL. Bahasa yg kita dapat dengar ialah loghat Kelate sehinggalah ke Besut kemudian loghat tsbt semakin cair & timbul pula loghat Terengganu...makang nasi dagang satu pinggang!

Kemudian masuk loghat Pahang (dengar Sharifah Shahirah cakap dlm Nasi Lemak Kopi O) sehinggalah sampai di KL kita dpt dengar pelbagai loghat lagi. Dari KL turun Negeri 9 dgn loghat Minangnya & ke Melaka...amboi besaunya A Famosa Resort! Seterusnya ke Johor & naik ke Perak singgah di KL jap. Oh koma...durian dah nak lughoh, itu semasa di Taiping.

Kita jalan lagi sehingga Butterworth & seberang ke Penang jap. Awat hang lambat sampai nih...janji nak pekena pasembog di Padang Kota! Habis Penang naik lagi ke Utara & singgah di Alog Stag & terus ke Kangag...ejaan pun dah terpengaruh dgn loghatnya!

2 comments:

  1. Masyarakat di Malaysia pelbagai bahasa dan budaya, tak kira dari mana rumpun kita ni pun yang pasti nya kita semuanya sama melainkan yang membezakan kita adalah ilmu, iman dan taqwa....seronoknya Hj sekeluarga berjalan-jalan...pastinya menjadi kenangan manis buat anak-anak bila sampai satu usia nanti :)

    ReplyDelete
  2. Betul puan. Cuti-cuti Malaysia. But for me, tahun nie kena tahan dulu niat nak jalan2 tu since anak nak ambik UPSR...apapun yg penting kita enjoy dengan apa yang kita lakukan and treat ourselves is important....

    ReplyDelete