Thursday, January 21, 2010

Kasih Ibu Bapa


Cuba kita renung kembali 10 tahun pertama dalam hidup kita apa yang kita laksanakan? Semuanya bergantung kpd bantuan ibubapa kita. Nak ke sekolah, kena dihantar, ibu sedia makan tengahari sekira bersekolah sebelah petang.

10 tahun kedua (maknanya umur 20 tahun lah tu!), kita mula hendak mengenali dunia & rakan2 karib sekeliling kita. Setengah tu dah mula cinta monyet! Kadang2 kita rasa dunia ini kita yg punya kerana apa yg kita hajati biasanya kita akan dapat...of course dgn bantuan ibubapa kita juga.

10 tahun ketiga...haah...umur 30 tahun...barulah tahu apa itu realiti hidup dalam dunia. Tapi masih lagi memerlukan kasih sayang ibubapa...sebab tu lah bila musim raya aje, seluruh negara akan sibuk di jalanraya...semuanya nak balik kampung sebab nak rasa suasana beraya seperti di zaman kanak2 dulu.

Namun, berapa ramai antara kita yang sentiasa beri perhatian kpd ibubapa. Percayalah mereka sentiasa mengingati anak2 mereka setiap hari & malam terutama bila anak2 berjauhan...mencari rezeki di negeri orang. Syurga tetap di bawah tapak kaki ibu & bapa...........

8 comments:

  1. I miss my parents a lot.. I'll never forget.. apa yg mak pernah cakap masa bujang2 dulu... "Korang belum punya anak, korang takkan tahu macammana rasanya"... Sekarang dah tahu... Hmmm...

    Redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Sayang.. saya tak sempat berkongsi kebahagian yang banyak dengan ayah..

    ReplyDelete
  2. banyak bersabarlah...sentiasa berdoa kpd ibubapa kita semoga mereka sentiasa dilindungi Allah SWT & diampuni segala dosa2.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Hj Azim pak mentua saya dah uzur sangat akhir-akhir ni....mengidap parkinson since 1998 lagi. Ayah hanya terlantar dikatil sejak kebelakangan ini...Apa pun kami anak2 akan senantiasa mencari masa untuk pulang ke kg...

    Betul kata2 Hj sepanjang masa orang tua kita akan sentiasa mengigati anak2nya...Segala jasa dan pergorbanan tak terbalas dek kita anak-anak ini...Sesekali bila berpeluang balik kg berjumpa kedua-dua orang tua, hati menjadi sayu melihatkan raut wajah mereka yang kian dimamah usia....setiap kita yang hidup jika dipanjangkan usia insyALLAH akan melalui semua ini..Hanya masa menentu segalanya...

    ReplyDelete
  4. cenderawasih nama sebenar apa ya? bersabarlah menjaga orang tua kita...tiada mereka tiada kita!

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah saya akan menjengok ibubapa saya di Kota Bharu pd 30/1/10 ini. Rindu...dah sebulan tak bersua. Pd 29/1 saya akan ke K.Terengganu utk berjumpa dgn anak perempuan tktn 4 di sek men sains sultan mahmud, gong badak, k.trg.

    ReplyDelete
  6. saya amat bersyukur, ibu sy menghembuskan nafas terakhir di pangkuan sy sewaktu hendak naik ambulan di hospital utk transfer ke HKL, beberapa tahun kemudian bapa sy pula semasa sy berada bersebelahan sisi beliau di katil hospital.

    Alhamdulillah Hj Azim masih punyai ibu/bapa,
    jagalah mereka sebaik termampu, bila usia mereka makin meningkat, mereka mudah tersinggung perasaan, jika mereka sebut sahaja juadah pernah dinikmati, maksud yg tersirat mereka teringin merasai nya lagi, segeralah penuhi hajat mereka.
    Namun sabaik mana kita layan, tidak akan dapat kita tercapai sebagaimana mereka berdua layan kita dari kecil hingga dewasa ini.

    ibu/bapa sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kita sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. betul Number1...layanan kita tak akan sama dgn layanan ibubapa kita berikan semasa kita kecil!

    ReplyDelete